Majlis Pertabalan
Majlis Pertabalan (Kerjan) Majlis Pertabalan (Kerjan) Dato Naning yang Ke-20 Y.A.M Ke…
YAM Dato’ Orang Kaya Sri Raja Merah Dato’ Abd Ghani Bin Abdul Hamid
Bahawa apabila Lombago Nan Bosokat iaitu Tiang Balai, Isi Balai didapati kesalahan dibawah fasal 56 (Tambo Alam Naning) maka Posako itu terserah kepada Undang Naning memberitahu suku yang berkenaan seluruh Wilayah Adat Perpatih Naning supaya menghantar calon kepada Balai Undang Naning untuk dipertimbangankan dilantik sepanjang adat nan di adatkan oleh Undang Naning
Semoga Ruhnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Al-Fatihah.
Ketiga-tiga perut (Ibu) Nan Bergajah Tunggal telah sepakat memilih putera di kalangan mereka untuk diangkat menjadi Dato’ Penghulu Naning (Undang Naning). Maka satu jawatankuasa ketika itu diwujudkan iaitu Pembesar Waris . Seandainya Dato’ Penghulu Naning mangkat maka akan dilantik pula dikalangan putera ibu yang lain seterusnya akan berterusan mengikut giliran. Dato’ Penghulu Naning memerintah dengan dibantu oleh Lembaga Adat.
Lokasinya terletak di Mukim Naning, Kedudukannya di Belakang Masjid Taboh Naning. Beliau berketurunan dari suku Semelenggang, menjadi penghulu Naning yang ke-9 pada tahun 1801 dan bergelar Datuk Seraja Merah. Pengangkatan beliau dibuat selepas Datuk Anjak (1786-1801) meninggal dunia. Pemilihan serta perlantikan beliau ini ada kaitan dengan hubungan kekeluargaanya dengan Datuk Anjak di mana beliau merupakan anak saudara kepada Datuk Anjak. Datuk Dol Said dikenali juga sebagai Datuk Naning. Beliau menjadi Penghulu Naning pada tahun 1802.
Penentangan Dato Dol Said terhadap British berpunca daripada keengganannya untuk menyerahkan 1/10 daripada hasil pertanian kepada Inggeris sebagai cukai. Beliau berpendapat Naning adalah sebuah wilayah yang merdeka dan tidak perlu membayar cukai kepada pihak Inggeris. Sebaliknya pihak Inggeris menegaskan Naning merupakan sebahagian dari Melaka yang ditadbirnya dan semua peraturan dan undang-undang di Melaka berkutkuasa di Naning.
01.
Jawatan
Jawatan Penghulu atau Undang Naning dikatakan mula diwujudkan setelah Melaka diambil alih oleh Belanda daripada Portugis pada tahun 1641. Sejak itu, Naning dikira termasuk dalam pengaruh Belanda.
Jawatan tersebut diwujudkan atas cadangan pihak Belanda dan dipilih oleh penduduk Naning.
02.
Taraf Gelaran Naning
Walaupun bergelar Penghulu, tetapi taraf Penghulu Naning boleh dianggap menyamai Raja-raja Melayu kerana pengaruh yang dimiliki Penghulu Naning adalah besar ketika zaman silam.
03.
Wujud Sebelum Belanda
Menurut Penulisan Shahba (1951) memerihalkan bahawa Naning mempunyai 11 orang penghulu sebelum YAM Dato’ Megat Alam Melintang dan ini bermakna jawatan Penghulu Naning bukannya wujud pada zaman Belanda, tetapi jauh lebih lama lagi.
Majlis Pertabalan (Kerjan) Majlis Pertabalan (Kerjan) Dato Naning yang Ke-20 Y.A.M Ke…
Makam Dol Said Lokasinya terletak di Mukim Naning, Kedudukannya di Belakang Masjid…
Kehebatan Dol Said Menewaskan Kuasa Tentera DuniaPada tahun 1831, Gabenor R. Ibbetson…
Copyright © 2025 Dato’ Undang Naning Ke-20
Potamo cupak nan asali , Kodua cupak buatan , Kotigo kato posako, Koompek kato muafakat , Kolimo kato dahulu monopati , Koonam kato komudian nan tak bocari.
Kata Adat Pepatih Naning